
Pelakon jelita, Siti Saleha umpama memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi menerusi satu perkongsian di media sosialnya.
Menerusi hantaran di Instagram akaunnya, Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum memuat naik sekeping foto memaparkan dia sedang memakai veil yang tertera tulisan bride.

Dalam perkongsian lain, pelakon itu turut berkongsi video kejutan daripada rakan-rakan dan salah seorang daripada mereka menyarungkan veil tersebut di kepalanya.
Pelakon itu juga meletakkan kapsyen emoji pengantin pada hantaran tersebut.
View this post on Instagram

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah dan ternanti-nanti hari perkahwinan Siti Saleha dan tunangnya, Joshua Fitton.
"Tenggelam Artis Korea Depan Tu!" - Kecantikan Siti Saleha Di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul Dipuji Ramai
The post Pakai ‘Veil’ Tertera Tulisan ‘Bride’, Siti Saleha Beri Bayangan Bakal Naik Pelamin? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

