Pakai ‘bridal veil’, Siti Saleha bakal berkahwin tak lama lagi?

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 10:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Siti Saleha menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama tunangnya, Joshua Fitton.

Khabar angin tersebut tersebar di media sosial selepas Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 34, memuat naik sebuah video memakai veil yang tertera tulisan bride.

Siti Saleha bakal berkahwin?

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian itu yang besertakan kapyen emoji pengantin, dapat dilihat Siti Saleha ceria apabila menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.

Siti Saleha bakal berkahwin?

image is not available

Netizen teruja!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan hari bahagia aktres tersebut kelak.

image is not available

Sekadar info, Siti Saleha mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga pereka fesyen, Joshua Fitton selepas hampir dua tahun menyulam cinta.

Dia membuat pengakuan tersebut kepada umum ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di ibu kota pada 8 November lalu.

image is not available

Sumber: Instagram @Sallywho