Pakaian Rasmi Kotinjen Negara Di Luar Bidang Kuasa KBS Dan MSN – Hannah Yeoh

25 Jun 2024 • 10:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pakaian rasmi kotinjen negara untuk ke pelbagai temasya sukan bukan di bawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN).

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuat naik satu ciapan mengulas tentang isu pakaian rasmi terbaharu kotinjen negara yang telah dilancarkan pada Ahad.

image is not available

Menurut beliau, perkara berkenaan berada di luar bidang kuasa KBS dan MSN memandangkan ia merupakan tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta hasil kerjasama pihak terbabit dengan Yonex.

“Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan ia di luar bidang kuasa KBS dan MSN,” katanya pada Isnin.

image is not available

Foto: Bernama

Sementara itu, terdapat beberapa pengguna di aplikasi X memuat naik satu ciapan yang dilihat seperti kurang bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi tersebut sekali gus menganggap trademark harimau telah pupus.

“Baju Olimpik Malaysia 2024 menunjukkan marketing kreatif sebagai kempen kesedaran dimana Harimau kini semakin pupus dan mahu meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya konservasi harimau di dunia.
“Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama,” tulis @KeiBasar.

image is not available

2008 sampai 2020 guna corak rimau, tiba-tiba 2024 pupus?

image is not availableIngatkan rekaan makin cantik, rupanya…

image is not available

Sekadar info, temasya Sukan Olimpik Paris 2024 akan dijadualkan bermula pada 26 Julai sehingga 11 Ogos hadapan dan dilaporkan bakal melibatkan seramai 21 orang atlet.

Sumber: X @HannahYeoh & search