Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia

Women's Fashion
3 Oct 2023 • 2:30 PM MYT
@kakiwriting
@kakiwriting

"Membaca jambatan ilmu" Content menarik buat awak tertarik.

Image from: Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia
Sumber : @kakiwriting

Malaysia tanah tumpahnya darahku. Negara aman sejahtera dan berdaulat. Malaysia sebuah negara yang unik kerana rakyatnya yang berbilang bangsa dan kaum. Setiap kaum mempunyai tradisi, adat dan pakaian tradisional masing masing.

Terdapat pelbagai jenis kaum di negara kita yang terdiri daripada Kaum Melayu, Kaum Cina dan Kaum India. Selain itu, Malaysia mempunyai 80 etnik seperti baba dan nyonya, kadazandusun, iban, bajau, murut dan lain lain lagi.

Antara ketiga tiga kaum diatas ini, mempunyai pakaian tradisional mengikut kaum masing masing. Kaum Melayu memakai Baju Kurung dan Baju Melayu. Kaum Cina pula memakai Cheongsam dan Samfoo malah Kaum India pula memakai Saree dan Dhoti. Apa itu Dhoti? Dhoti merupakan pakaian yang dipakai oleh lelaki india.

Pakaian pakaian tradisional ini selalunya hanya akan di pakai pada hari raya dan kenduri sahaja. Tetapi untuk Kaum Melayu, pemakaian Baju Kurung tidak lagi hanya di pakai pada hari hari tertentu sahaja. Jika kita lihat, kebanyakannya mengenakan Baju Kurung pada bila bila masa samada pergi ke kerja, bersiar siar atau sebagainya mengikut kesesuaian aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Tidak lupa juga Baju Kebaya iaitu Kebaya Labuh mahupun Kebaya Singkat. Menerusi peredaran moden dan canggih ini, cara pemakaian juga mengikut arus semasa. Baju kurung, baju kebaya dan baju melayu sudah di modenkan dalam pelbagai reka bentuk yang menarik dan cantik.

Bukan itu sahaja, pemakaian Cheongsam dan Saree juga tidak terkecuali. Ada di kalangan Kaum Melayu yang mencuba pakaian tradisional kedua dua kaum tersebut. Jika kena pada etika dan cara pemakaian yang betul. Maka akan kelihatan sopan dan menutup aurat. Cheongsam diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain lain jenis kain lembut. Cheongsam terdiri daripada pelbagai saiz dari dewasa hingga kanak kanak.

Samfoo adalah dialek kantonis yang membawa maksud baju dan seluar. Ia nya adalah baju pendek yang dipadankan dengan seluar. Sesuai dipakai oleh lelaki dan perempuan cina. Jenis kainnya yang nipis tidak bercorak atau berbunga halus. Potongan baju longgar, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi sangat sesuai dipakai bersama seluar yang longgar.

Dhoti merupakan pakaian yang berwarna putih yang hanya dipakai semasa upacara perkahwinan sahaja. Pemakaian Dhoti juga tidak sangat digemari oleh lelaki India pada generasi kini. Ada juga dhoti yang berwarna kuning susu atau kuning pudar. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. Manakala Saree pula tidak hanya dipakai pada hari perayaan sahaja, malah dipakai pada hari hari biasa juga.

Kepentingan pemakaian tradisional dapat memberi aura positif, lambang keperibadian dan adat resam sesuatu kaum malah akan di nilai oleh negara negara luar.


@kakiwriting adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.