Pakaikan Barang Jenama Hermes Dekat Kuda, Intan Najuwa Dituduh Riak?

Entertainment
16 Jan 2024 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon jelita bertubuh genit, Intan Najuwa sering menjadi perhatian netizen apabila dia mempamerkan gaya hidup mewahnya.

Tahun lalu, Intan, 27, yang sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Asraf Azman menerima seekor kuda hadiah istimewa daripada suaminya sempena ulang tahun kelahirannya.

Kuda putih itu diberi nama Trulala dan dia mengatakan pemberian hadiah itu adalah usaha suaminya untuk melihat dia melakukan aktiviti riadah.

image is not available

Baru-baru ini, Intan berkongsi sebuah video di TikTok menunjukkan dia membeli barangan jenama mewah iaitu Hermes untuk kegunaannya menunggang kuda.

Hermes for my material horse,” tulisnya di ruangan video.

Dalam pada ramai yang teruja kerana seekor kuda dipakaikan produk daripada sebuah jenama yang paling mewah di dunia, ada juga netizen yang menuduh Intan riak.

Individu itu menuduh pelakon Kekasih Paksa Rela menunjukkan sifat angkuh selepas mengahwini lelaki kaya.

Tidak berdiam diri, Intan memberi respon balas menegaskan bahawa tidak semua barangan mewah yang dimiliki hasil tajaan suami, sebaliknya dia juga mampu membelinya sendiri.

Excuse me, ni I beli pakai duit sendiri, ko ingat semua beli pakai duit laki ke?” katanya.

image is not available

Untuk rekod, Intan bernikah pada 18 Ogos tahun lalu di Desaru Coast menerusi satu majlis tertutup. Dia turut menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran berjumlah RM222,000.

Untung kuda tu dapat tuan yang jaga dengan baik…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.