Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal dunia

25 Dec 2024 • 11:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Pakar mata Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.

Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial beliau malam ini.

Dalam perkongsian itu, Perdana Menteri berkata Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya beliau mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.

“Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan,” katanya.

Anwar turut mendoakan keluarga Dr Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved