Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara akan menjalankan bedah siasat Sukan Olimpik Paris 2024 pada Khamis depan bagi mengenal pasti penambahbaikan menjelang persiapan menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
