
JIKA sebelum ini peminat dikejutkan dengan khabar Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris akan sepentas dalam konsert Gema Bumantara selepas puluhan tahun seperti ada sesuatu memisahkan mereka, kini netizen mula memasang angan-angan mahu melihat dua figura besar dunia pengacaraan bersatu semula.
Nama Datuk Aznil Haji Nawawi dan Azwan Ali atau Diva AA disebut sebagai gandingan impian ramai.
“Ada lagi tak selebriti atau tokoh awam yang korang nak tengok sepentas atau bergandingan semula? Saya: Pak Nil dengan Diva AA. Sumpah, demi sesuatu yang baik dan cara yang baik!,” komen netizen.
Kalau sesuatu gandingan mampu menghidupkan kembali warna pengacaraan tempatan, apa salahnya diberi peluang? Kedua-duanya mempunyai karakter tersendiri, pengalaman luas serta gaya pengacaraan berbeza.
Bayangkan jika mereka digandingkan dalam sebuah program hiburan, belum bermula sudah boleh dijangka riuh satu studio. Diva juga rasa lebih baik stesen televisyen memilih pengacara berpengalaman, petah serta tahu batas ketika bergurau.
Kalau Pak Nil dan Diva AA boleh kembali bersama dalam pentas sama, mungkin satu lagi warna baharu dapat disuntik dalam dunia pengacaraan tempatan.
DIVA: Kepada pelakon Redza Rosli, jangan nak lari sangat daripada memberi kenyataan. Industri hiburan kecil sahaja, lagi pun tak elok biarkan fitnah dan spekulasi bermaharajalela.
The post Pakat nak tengok Pak Nil, Diva AA sepentas appeared first on Kosmo Online.


