
Kota Kinabalu: Kerjasama Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mampu mengukuhkan hala tuju sokongan pengundi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN17) akan datang.
Timbalan Presiden Star Sabah, Datuk Robert Tawik, berkata kedua-dua pihak sehaluan dalam memperjuangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963, termasuk isu pembangunan infrastruktur.
“Kerjasama ini tepat pada masanya kerana senario politik semasa memerlukan gabungan parti yang mampu menyatukan hala tuju sokongan rakyat, bukan sahaja bagi kerajaan sedia ada, tetapi juga parti komponen GRS,” katanya.
Robert, yang juga Adun Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kedua-dua pihak berikrar menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau berkata semua aspek pentadbiran parti, termasuk perkara berkaitan rundingan kerusi perlu dibawa dalam perbincangan berharmoni untuk mencapai kata sepakat supaya GRS terus kukuh.
“Tiada istilah kita akan bersaing dengan parti komponen lain yang berada dalam GRS.
“Kami bersetuju dengan kepimpinan PBS untuk memastikan rundingan dijalankan bagi menentukan bilangan kerusi yang akan ditandingi dan saling menghormati keputusan yang dibuat,” katanya.
Namun begitu, katanya, Star dan PBS optimis dengan jumlah kerusi yang boleh membantu menyumbang kemenangan pada PRN17.
“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk memikirkan tentang kerusi kerana pilihan raya negeri akan berlangsung tahun depan, dan apa yang penting ketika ini adalah fokus kepada agenda pembangunan rakyat di negeri ini,” katanya.
Khamis lalu, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), yang turut disaksikan oleh Huguan Siou (Pemimpin Tertinggi) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga pengasas PBS.
PBS dan Star Sabah masing-masing mempunyai tujuh dan enam kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
