
Pakcik Ariffin Curi Tumpuan Di Ironman Langkawi, Ramai Beri Sokongan
Acara sukan triatlon jarak jauh Ironman Malaysia berlangsung di Langkawi hari ini, dengan para peserta sedang berusaha menamatkan cabaran masing-masing.
Dalam kemeriahan acara itu, kelibat seorang warga emas, Ariffin Manan atau lebih dikenali sebagai Pakcik Ariffin, turut mencuri perhatian ramai.
Beliau sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana berjaya menamatkan acara maraton dengan berkaki ayam.
Usia Lebih 60 Tahun, Pakcik Ariffin Berjaya Tamatkan Larian Denai 30KM Berkaki Ayam
PTTI Komited RM200,000 Jika Syed Saddiq Tamatkan Ironman Bawah 12 Jam
Menjengah ke Threads, beberapa pengguna dilihat berkongsi mengenai kelibat Pakcik Ariffin yang turut menyertai acara berkenaan.
Malah, pihak Ironman Malaysia sendiri turut berkongsi beberapa video yang memaparkan Pakcik Ariffin ketika acara tersebut berlangsung.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang memberikan kata-kata semangat serta menitipkan doa agar beliau berjaya menamatkan cabaran berkenaan.


![[VIDEO] Usia 60 tahun, Pak Cik Ariffin tamatkan Ironman dalam 7 jam](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-21-at-18.19.14-1024x766.jpeg)
![[VIDEO] Selepas larian ultra, Pak Cik Ariffin muncul dalam Ironman Langkawi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-21-at-15.00.31-1024x760.jpeg)