
KOTA BELUD: Pakej 10 bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo yang membabitkan laluan Pituru ke Rampaian Laut dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, berdasarkan lawatan tapak yang dilakukan, perkembangan semasa projek dalam keadaan yang baik.
Maka, beliau yakin Pakej 10 yang melibatkan laluan Pinturu ke Rampaian Laut itu dijangka boleh siap untuk digunakan pada awal suku pertama tahun depan.
Pelaksanaan Pakej 10 bernilai RM400 juta itu antara 15 pakej pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa Satu yang sedang dilaksanakan di Sabah.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Secara keseluruhan Fasa Satu melibatkan 35 pakej namun, 20 pakej mengalami kelewatan dan masih dalam proses menungggu kelulusan untuk tujuan pelaksanaan.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, beliau turut melawat projek menaiktaraf jalan luar bandar di Jalan Dudar, Taburon Mendawang yang telah dimulakan pada April tahun lalu.
“Berdasarkan tinjauan tadi, perkembangan projek ini berjalan agak baik dan semoga projek ini dapat dilaksana mengikut jaduan ditetapkan. Kos menaiktaraf jalan luar bandar ini bernilai RM89 juta dan ia dijangka siap pada pertengahan tahun 2025,” katanya selepas lawatan kerja ke beberapa kawasan di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan masalah air di Kampung Labuan Sempadan dan Kampung Kota Peladok akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, tinjauan yang dilakukan bersama Pengarah Jabatan Air Negeri di kedua-dua kampung itu membolehkan mereka memahami perkara sebenar yang mengakibatkan penduduk tidak menerima bekalan air melalui paip Jabatan Air.
“Untuk makluman, kita bersama Jabatan Air sedang melakukan penstabilan agihan bekalan air di kawasan Tuaran, Kota Kinabalu dan Putatan. Penstabilan agihan ini akan mengambil masa antara sebulan hingga tiga bulan dari sekarang.
“Selama lebih dua minggu ini, kita lihat ada perkembangan positif dari segi agihan bekalan di kawasan terlibat dan kita harap perkara ini akan dapat menstabilkan bekalan air di kawasan terlibat,” katanya.
Shahelmey berkata, penstabilan agihan itu antara langkah sementara bagi menunggu keputusan rancangan jangka panjang bekalan air di pantai barat Sabah melalui pembinaan Empangan Papar atau Empangan Ulu Padas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
