Pakej 5G Rahmah: Pelan Digi paling asas dengan data 60GB tapi telefon 5G murah hanya RM119

Digital
1 Sep 2023 • 10:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas melihat pengumuman Pakej 5G Rahmah dari Yes 5G (pelan RM35 dan pelan RM58), U Mobile, Maxis (Hotlink) serta Celcom (Xpax), tawaran yang diumumkan oleh Digi kelihatan paling asas. Atau menghampiri dasar lantai yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bermula dengan pelan, pengguna ditawarkan pelan Digi Postpaid 60 yang memberikan 60GB data berkelajuan pantas di 4G dan 5G, serta panggilan tanpa had pada harga RM60/bulan. Kalau di Celcom, ada tambahan data tanpa had di YouTube, Facebook dan Instagram.

image is not available

Untuk peranti pula, tawaran Digi serupa dengan Celcom iaitu:

  • Samsung Galaxy A14 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) RM119
  • Honor 90 Lite 5G (RAM 8GB + Storan 1256GB) RM239

Harga telefon 5G ini dijual bersama kontrak pelan selama 24-bulan, serta diberi jaminan selama 2-tahun. Telefon Samsung dengan storan 128GB berharga separuh dari pengumuman kerajaan iaitu RM119 sahaja. Bagi telefon Honor, harganya RM239.

Khas untuk golongan B40, 100,000 pendaftaran pertama layak untuk mendapatkan subsidi tambahan RM120 untuk pembelian telefon 5G. Di Celcom, golongan B40 boleh mendapatkan Galaxy A14 5G secara percuma menerusi Pakej 5G Rahmah, atau membayar RM119 sahaja untuk Honor 90 Lite 5G selepas ditolak subsidi kerajaan.

Pelanggan yang berminat dengan tawaran Celcom, boleh melanggan Pakej 5G Rahmah mulai 1 September sehingga 31 Disember 2023 di cawangan Celcom BlueCube dan Digi Store berhampiran. Atau rujuk laman web Pakej 5G Rahmah di Digi atau Celcom untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan