Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma

Digital
29 Aug 2023 • 5:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam pengumuman yang sama, Yes mengumumkan bukan satu, tetapi dua pakej 5G Rahmah dengan harga berbeza. Paling murah adalah pelan Yes Power 35 Rahmah yang memberi 100GB data dan panggilan tanpa had, pada harga RM35/bulan. Pelan kedua adalah Pelan RAHMAH Yes Infinite Basic yang berharga RM58/bulan.

Pelan RAHMAH Yes Infinite Basic lebih menarik kerana ia memberikan data tanpa had kuota dan tiada sekatan kelajuan, tetapi ada kuota hotspot 20GB. Ia juga datang dengan panggilan tanpa had.

image is not available

Untuk telefon, pelan ini menyediakan pilihan yang lebih baik, termasuk telefon 5G percuma dengan kontrak 24-bulan. Semua telefon ini juga datang dengan jaminan selama 2-tahun, seperti mana yang digariskan oleh Fahmi Fadzil untuk dilabel dengan Pakej 5G Rahmah.

Telefon yang ditawarkan di bawah Pelan RAHMAH Yes Infinite Basic adalah seperti berikut:

  • ZTE Blade A73 5G (4+128GB) – PERCUMA
  • Vivo Y55+ 5G (6+128GB) – PERCUMA
  • Vivo Y27 5G (8+128GB) – RM100
  • Samsung Galaxy A14 5G (4+128GB) – RM100
  • Redmi 12 5G (8+256GB) – RM200
  • Oppo A78 5G (8+128GB) – RM200
  • Honor 90 Lite 5G (8+256GB) – RM200

image is not available

Manakala khas untuk golongan B40, mereka dapat menikmati subsidi RM120 untuk membeli telefon pintar 5G. Bagaimanapun, ia terhad kepada 100,000 pendaftaran pertama. Sebagai contoh, jika B40 mahu telefon pintar Honor 90 Lite 5G, mereka hanya perlu membayar RM80 (RM200-RM120) untuk telefon. Untuk Samsung Galaxy A14 5G, ia boleh dimiliki percuma tanpa bayaran.

Pakej 5G Rahmah boleh dilanggan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Yes 5G.

Bacaan Berkaitan