Pakej 5G Rahmah: Yes tawar pelan RM35 dengan 100GB data dan telefon 5G berbeza

Digital
29 Aug 2023 • 4:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Yes 5G sekali lagi mengungguli arena 5G di Malaysia apabila menjadi yang pertama mengumumkan Pakej 5G Rahmah. Ia diumumkan sejurus pelancaran oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Fahmi Fadzil petang ini.

image is not available

Seperti yang dijangka, Yes 5G mempertaruhkan pelan 5G termurah mereka, Power 35 sebagai pelan di dalam Pakej 5G Rahmah. Tetapi bezanya, telefon 5G yang ditawarkan adalah lebih rendah spesifikasi berbanding Galaxy A14 5G atau Honor 90 Lite.

Dipaggil sebagai Pakej Yes 5G Rahmah, pelanggan hanya perlu membayar RM35/bulan untuk pelan Power 35 dan menerima 100GB data berkelajuan tinggi di rangkaian 4G dan 5G. Kuota ini juga boleh digunakan untuk hotspot. Di samping itu, pelan ini memberi panggilan tanpa had ke semua talian tempatan.

image is not available

Untuk telefon pula, Yes 5G menawarkan dua model iaitu Vivo Y55+ 5G dan ZTE Blade A73 5G. Harga semasa untuk kedua-dua telefon ini di bawah RM800, lebih murah daripada Galaxy A14 5G (RM949) atau Honor 90 Lite 5G (RM1,099).

Vivo Y55+ 5G dilancarkan Jun tahun lepas, dikuasakan cip Mediatek Dimensity 700 bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Skrinnya LCD 6.58-inci HD Penuh, dengan kamera belakang 50MP serta kamera hadapan 8MP. Baterinya 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

ZTE Blade A73 5G baru dilancarkan pertengahan tahun ini, tetapi prestasinya lebih rendah. Ia menggunakan cip Unisoc T760 berusia 2 tahun, dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Skrin pula LCD 6.52-inci 90Hz tetapi resolusi HD sahaja. Bagusnya, ia datang dengan sistem operasi Android 13.

Manakala khas untuk golongan B40, mereka dapat menikmati subsidi RM120 untuk membeli telefon pintar 5G. Bagaimanapun, ia terhad kepada 100,000 pendaftaran pertama. Dengan subsidi ini, B40 hanya perlu membayar RM120 (RM240-120) bagi memiliki mana-mana telefon pintar.

Pakej 5G Rahmah boleh dilanggan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Yes 5G.

Bacaan Berkaitan