
Suka melihat pasangan bahagia dan mengukir senyuman di jenjang pelamin mencetuskan idea buat pasangan adik-beradik Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim untuk menganjurkan Ekspo Ijab Qabul 2023.
Kata Khairul Anwar, dia dan adiknya optimis menceburi kerja penganjuran ekspo kahwin ini kerana minat yang mendalam.
"Kami berminat dengan industri kerja kahwin ini kerana pelbagai idea dan kreativiti boleh dicurahkan dalam penganjuran ekspo. Pendek kata, dapat mengukir senyuman bakal raja sehari dan orang ramai mencari keperluan perkahwinan juga menjadi nikmat berharga.
"Kami juga berpeluang menyebarluas rangkaian. Selain anjurkan ekspo kahwin, kami juga khusus kepada penganjuran ‘organiser’ dengan menawarkan khidmat Event Organizer (EO)," katanya yang turut mengurus dan merancang pelbagai majlis termasuk acara korporat, kerajaan dan private.

Mengusahakan Nightbloom Events sejak Oktober 2022 di Setia Alam, Selangor, penganjuran Ekspo Ijab Qabul 2023 sudah memasuki edisi ketiga tahun ini.
Ekspo yang menghimpunkan vendor kerja kahwin untuk bakal raja sehari itu turut menjanjikan hadiah mega dan cabutan bertuah untuk dimenangi buat bakal pengunjung. Jom lihat apa lagi tawaran menarik sepanjang Ekspo Ijab Qabul 2023!
1. Under one roof
2. Pakej nikah percuma
3. Pakej percutian ke Bali
4. Persembahan Ernie, Nuha, Naufal

5. Forum dari Ustaz Fakaruddeen & Ustazah Asmak Husin
6. Kashfi Zulkufli duta
@ijabqabulexpo Bakal Pengantin Get Ready ‼️ Tag Pasangan Anda! ? Ijab Qabul Expo kembali September ini menghimpunkan Vendor Paling Best untuk bakal pengantin yang sedang mencari persiapan kahwin! Diskaun pakej kahwin sehingga 70% , cabutan bertuah, persembahan dan Meet & Greet dari selebriti terkenal, Foodtrucks dan Forum Perkahwinan antara aktiviti-aktiviti best menanti anda! 100+ Vendors, The Best of Food Trucks, FREE Welcome Gifts, 3 Days of Ekspo Kahwin Paling Best! Save The Dates dan jumpa disana! ? IJAB QABUL EXPO 3rd Edition ? ?️ 22, 23 & 24 September ?Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam ⏰10pagi - 10malam #ijabqabulexpo2023 #EkspoKahwinPalingBest #AllYourWeddingNeedsUnderOneRoof ♬ original sound - ijabqabulexpo
