Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar Internet 30Mbps pada RM69/bulan

2 Feb 2023 • 6:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini telah mengumumkan satu pakej internet jalur lebar yang disasarkan kepada golongan B40, veteran, OKU, serta warga emas bagi mendepani peningkatan kos sara hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini akan ditawarkan bermula Mac 2023 dan penyedia perkhidmatan internet (ISP) utama negara bersama-sama menyediakannya iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad, dan Astro.

Pada harga RM69 sebulan pelanggan boleh menikmati akses berkelajuan 30Mbps dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Menurut kerajaan, rakyat berpotensi untuk jimat sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak bila mereka melanggan pakej semasa berspesifikasi yang sama ditawarkan pada harga sekitar RM89.

image is not available
Tawaran semasa oleh Unifi