Pakej Untuk Beli Proton e.MAS 7 Kini Dilanjut Kepada 6,000 Pelanggan

LocalCars
10 Jan 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional PROTON, PRO-NET kini melanjutkan pakej pelancaran istimewa, Power Pack untuk model Proton e.MAS 7.

Menerusi pakej itu, PRO-NET menawarkan rebat sehingga RM4,000 kepada 6,000 pelanggan.

image is not available

Tawaran itu kini dilanjutkan kepada 6,000 pelanggan memandangkan PRO-NET menerima lebih 3,000 tempahan tidak kurang daripada sebulan selepas pelancaran Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya berbesar hati untuk melanjutkan tawaran terbabit disebabkan menerima permintan luar biasa.

“Pencapaian ini menunjukkan kepercayaan pelanggan terhadap kami serta kesungguhan mereka untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih hijau.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan, dan kami komited untuk menjadikan kereta elektrik pertama Malaysia lebih mudah diakses kepada semua,” katanya.

Untuk makluman, Proton e.MAS 7 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan Disember lalu.

Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian, e.MAS 7 Prime dan e.MAS 7 Premium. Masing-masing dijual pada harga RM108,800 dan RM122,800.

image is not availableimage is not available

Selain itu, Pakej Pelancaran istimewa ini akan kekal sebagai sebahagian daripada pakej lanjutan dalam memberikan nilai yang luar biasa:

• Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500

• Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500

• Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800

• Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun dan jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km

• Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200

image is not available

Bagi yang berminat, tempahan sudah pun dibuka di semua pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web Proton e.MAS.