Pakistan: 12 maut, 54 cedera bas terhumban ke dalam parit

20 Feb 2023 • 3:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 12 penumpang terbunuh manakala 54 lagi cedera selepas sebuah bas terhumban ke dalam parit di daerah Chakwal di wilayah Punjab, timur Pakistan pada Ahad malam, lapor Xinhua.

Menurut pihak penyelamat nahas berlaku di lebuh raya berhampiran kawasan Kallar Kahar.

Bas itu dipercayai terbabas ke seberang jalan selepas mengalami masalah brek dan melanggar tiga kereta yang datang dari arah bertentangan sebelum terhumban ke dalam parit.

Empat penumpang yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Bas itu membawa penumpang yang baru selesai menghadiri majlis perkahwinan dan dalam perjalanan pulang ke Lahore dari bandar Rawalpindi. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved