Penumpang nyaris maut bas ekspres terbalik

6 Feb 2023 • 8:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Gambar kanan: Anggota bomba melakukan pemeriksaan pada bas ekspress yang terbalik.

BUTTERWORTH - Seorang pemandu bersama 15 penumpang bas ekspres nyaris maut selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di kilometer 5.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Buttrrworth (Borr) di sini awal pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba da Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.19 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terdiri daripada enam lelaki dan 10 wanita hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan yang turut tiba di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati tidak melibatkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

"Seterusnya mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.29 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved