Pakistan Juga Mewajibkan Pendaftaran Platform Media Sosial Jika Ingin Beroperasi

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dewan rendah parlimen Pakistan meluluskan Akta Pencegahan Jenayah Elektronik pada Rabu yang mewajibkan platform media sosial berdaftar dengan Pihak Berkuasa Perlindungan dan Kawal Selia Media jika mereka ingin beroperasi di dalam negara.

image is not available

Menerusi akta yang sama, Pihak Berkuasa Perlindungan dan Kawal Selia Media mempunyai kuasa menghalang platform media sosial selama-lamanya atau secara sementara sekiranya gagal mematuhi udang-undang Pakistan. Penyebaran maklumat palsu dan fitnah pula boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun atau denda PKR 2 juta (RM 32,000).

Antara yang jatuh ke dalam kategori kandungan yang tidak dibenarkan di Pakistan oleh akta ini ialah mengkritik hakim, angkatan tentera, ahli parlimen, dan ahli DUN. Individu dan organisasi yang melakukan hantaran seperti di atas boleh dihalang daripada menggunakan platform media sosial.