Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan

WorldPolitics
27 Apr 2025 • 12:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan

ISLAMABAD, 27 April (Bernama) — Tentera Pakistan tidak merancang untuk memulakan konflik bersenjata dengan India melainkan negara itu mencetuskan peningkatan ketegangan, kata Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif kepada RIA Novosti.

“Kami tidak mempunyai sebarang niat untuk memulakan sebarang tindakan, tetapi jika terdapat tindakan (daripada India), maka akan ada tindak balas dan tindak balas itu akan setimpal dengan tindakan itu.

“Jadi saya fikir situasinya jelas — kami tidak mahu mencetuskan atau memulakan apa-apa.

“Tetapi jika India cuba menyerang atau menceroboh Pakistan, mereka akan berdepan tindak balas yang lebih daripada setimpal,” katanya.

Sumber: BERNAMA