“Paksa Beli” – Wanita Dakwa Kereta Ditoreh Kanak-kanak Jual Jagung Naik Basikal

26 Jan 2026 • 12:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, di Malaysia terdapat ramai kanak-kanak yang sudah mula mencari pendapatan sendiri atau membantu ibu bapa dengan cara berniaga.

Ada kanak-kanak yang berniaga dengan membuka gerai di tepi jalan dan ada juga yang pergi rumah ke rumah untuk menjual barangan seperti makanan.

Setiap kali melihat kanak-kanak yang berniaga, pasti ramai yang akan tersentuh hati bukan?

Wanita dakwa kereta dicalar kanak-kanak jual jagung

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak yang berniaga jagung ini apabila didakwa dengan sengaja menggores kereta dengan sengaja.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik kenderaan berkenaan menerusi rakaman kamera litar tertutup di kediamannya itu.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang membawa beberapa bungkusan dipercayai berisi jagung telah datang ke rumahnya untuk menjual sayur berkenaan.

Kereta didakwa kena guris selepas enggan beli jagung dijual kanak-kanak itu

Namun, wanita itu menolak untuk membelinya menyebabkan kanak-kanak terbabit didakwa dengan sengaja mencalarkan kereta milik wanita itu yang diparkir di hadapan rumah dengan menggunakan ‘handlebar’ basikalnya.

image is not available

Kejadian terbabit dipercayai berlaku di sebuah kawasan taman perumahan di Sungai Petani, Kedah pada 23 Januari lalu sekitar jam 8 malam.

“Ramai dah yang terkena cuma belum ada yang bersuara. Saya tak tahu dia (kanak-kanak peniaga jagung) datang dari mana dan siapa yang hantar, tapi cari rezeki macam ini tak bagus, rosakkan harta benda orang lain,” tulis di kapsyen.