Palantir Memenangi Kontrak Membangunkan Kenderaan AI Untuk Tentera Amerika

TechnologyDigital
11 Mar 2024 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Palantir telah dianugerahkan kontrak membina kenderaan kecerdasan buatan (AI) untuk tentera Amerika Syarikat menerusi program Tactical Intelligence Targeting Access Node (TITAN). Kontrak bernilai $178.4 juta ini memerlukan Palantir membina 10 kenderaan berkuasa AI pertama Tentera Amerika Syarikat. Lima dalam versi asas dan lima lagi versi dengan kemampuan yang lebih tinggi.

image is not available
Kenderaan prototaip TITAN oleh Palantir

Di bawah program TITAN, kenderaan AI boleh mengumpulkan kesemua maklumat di medan perang yang dikumpul oleh sensor yang terletak di angkasa lepas, altitud tinggi, pesawat dan pelbagai lagi aset lain. Menerusi data yang dikumpul, TITAN boleh memproses maklumat medan perang yang lebih jelas bagi mengenalpasti sasaran. Kenderaan TITAN akan beroperasi sebagai nod yang menyebarkan maklumat yang telah diproses kepada aset lain yang beroperasi di lapangan yang sama.

Dengan TITAN proses mengenalpasti sasaran dan lokasinya d medan perang dipendekkan menggunakan sistem automasi. Ia juga boleh mengintegrasikan sistem yang dibangunkan oleh rakan kongsi seperti Northrop Grumman, Anduril Industries, L3Harris Technologies, Pacific Defense, SNC, Strategic Technology Consulting, dan World Wide Technology.

Penggunaan kecerdasan buatan di medan perang telah dimulakan di bawah Project Maven hampir sedekad yang lalu. Baru-baru sebuah AI telah digunakan tentera Amerika untuk menyerang 85 sasaran di Iraq, Syria dan Yemen.