Palestin Puji Pendirian Deklarasi BRICS Menyokong Hak dan Perjuangan Rakyatnya

WorldPolitics
14 Sep 2026 • 9:45 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Palestin Puji Pendirian Deklarasi BRICS Menyokong Hak dan Perjuangan Rakyatnya

Kementerian Luar Palestin mengalu-alukan Deklarasi New Delhi yang dikeluarkan sempena Sidang Kemuncak BRICS, memuji pendirian tegas blok perikatan 11 negara itu dalam menyokong hak-hak sah rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak kementerian menyuarakan penghargaan atas ketetapan BRICS yang menolak sebarang percubaan mengusir rakyat Palestin secara paksa dari tanah air mereka, termasuk dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki. Pihak Palestin turut menyokong seruan penamatan pendudukan Israel, komitmen terhadap penyelesaian dua negara, serta sokongan penuh agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian itu menegaskan bahawa pendirian BRICS adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, sambil menggesa agar ketetapan berkenaan diterjemahkan kepada tindakan praktikal demi merealisasikan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Terdahulu, deklarasi muktamad Sidang Kemuncak BRICS di India menyeru agar gencatan senjata di Semenanjung Gaza dipelihara dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa sebarang sekat. Blok tersebut turut meluahkan kebimbangan terhadap siri pelanggaran gencatan senjata serta menyokong mandat Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Blok BRICS kini dianggotai 11 negara termasuk ahli asalnya—Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan—serta ahli baharu iaitu Mesir, Ethiopia, Indonesia, Iran, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang merangkumi hampir separuh populasi dunia.

Sumber: TRT World & Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved