Palestin rekod kes varian baharu EG.5 Covid

14 Aug 2023 • 2:16 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin pada Ahad berkata 50 hingga 100 kes varian baharu EG.5 COVID-19 dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, lapor Xinhua petik BERNAMA.

image is not available

“Terdapat beberapa kes pesakit dimasukkan ke hospital dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan“, kata Pengarah Kesihatan, Kamal al-Shakhra.

Kamal Al-Shakhra berkata mereka yang paling berisiko dijangkiti ialah warga emas dan yang menghidap penyakit kronik.

image is not available
Kamal al-Shakhra Pengarah Kesihatan Ramallah

“Jangkitan itu berlaku ketika cuti musim panas“, katanya.

Beberapa hari lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai varian yang menjadi perhatian.