Paling Laris! Switch Dedah iPhone 15 Pro Max Sudah Habis Ditempah

Digital
22 Sep 2023 • 4:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Umum sedia maklum, syarikat gergasi Apple sudah melancarkan model terbaharu mereka dan orang ramai boleh membuat tempahan iPhone 15 secara dalam talian dan juga pengedar rasmi di Malaysia.

Bagaimanapun, menerusi laman web rasmi Switch, model termahal iaitu iPhone 15 Pro Max sudah habis ditempah oleh orang ramai dalam tempoh yang pantas.

image is not available

Apa yang lebih mengejutkan, kesemua warna dan storan yang ditawarkan untuk pilihan Pro Max turut kehabisan stok dan untuk pengetahuan umum, harga iPhone 15 Pro Max dengan pilihan storan 1TB kini dijual pada harga mencecah RM8,499 yang secara tidak langsung menjadikan keluaran paling mahal setakat ini.

Sekadar info, iPhone 15 telah menawarkan beberapa ciri yang menarik seperti penggunaan USB-C, binaan titanium aloi, cip A17 Pro dan penaik tarafan lensa optikal zum yang telah berjaya menarik minat orang ramai.

image is not available

image is not available

Sumber: Switch

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved