“Paling legend!” – Pengacara Malaysia Dipuji, ‘Back Up’ Britney Spears Bila Dapat Soalan ‘Panas’

Entertainment
2 Nov 2023 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Britney Spears merupakan ikon dalam industri muzik pop antarabangsa, lagu-lagunya masih didengari sehingga kini meskipun dia berada di puncak kariernya pada lewat 90-an hingga awal 2000.

Baru-baru ini, Britney Spears mengeluarkan sebuah memoir yang menceritakan kesusahan serta sisi lain industri muzik Hollywood yang berjudul ‘The Woman in Me’.

Penyanyi lagu Toxic itu mendedahkan bagaimana dia dieksploitasi pada awal kariernya ketika usianya masih lagi belasan tahun.

Kebelakangan ini, banyak video-video yang tular menceritakan tentang kisah Britney Spears dan sebuah video temu ramah di mana ada peminat yang bertanyakan adakah Britney Spears masih ‘dara’.

Namun, tindakan pengacara rancangan itu dipuji netizen apabila dia terus mencelah dan tidak meminta Britney untuk menjawab soalan itu sebaliknya dia yang menjawab soalan tersebut.

“Saya nak kata, bolehkah awak kembali ke sekolah, bolehkah anda pergi bercakap dengan ibu bapa anda, belajar untuk beradab kemudian kembali dan bertanya soalan kerana anda membuang masa kami,” kata pengacara itu.

Rupa-rupanya, pengacara itu merupakan pengacara dari Malaysia iaitu Asha Gill, dia kini merupakan seorang penyampai radio tempatan Lite FM.

Ketika video itu dirakam, dia masih lagi pengacara dalam saluran hiburan antarabanga, Channel V.

Hebatnya!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article