

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali lagi menafikan ada meletakkan syarat tambahan kepada warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) seperti tular di media sosial.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, proses pembaharuan LMM bagi golongan itu masih tertakluk kepada syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


"Orang ramai diingatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat diterima.
"JPJ sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam terutamanya pelanggan JPJ sentiasa terpelihara," katanya dalam satu kenyataan
Beliau mengulas mengenai hantaran tular di media sosial kononnya JPJ menetapkan syarat tambahan kepada golongan warga emas iaitu perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui LMM.


