Pameran Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) ke-29 Kembali Berlangsung Di KLCC Pada Tahun 2026

LocalBusiness & Finance
29 Jan 2026 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pameran Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) 2026, anjuran Elite Expo Sdn Bhd, kembali berlangsung dari 29 Januari hingga 1 Februari 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sekali gus menegaskan kedudukannya sebagai pameran barang kemas terbesar dan satu-satunya yang khusus di Malaysia.

MIJF menghimpunkan komuniti barang kemas dari seluruh dunia, menawarkan platform menarik untuk meneroka pelbagai koleksi barang kemas mewah, membina rangkaian perniagaan, serta berinteraksi dengan pemain industri. Acara ini terbuka kepada penggiat industri dan orang awam, dengan penyertaan ratusan pempamer dari lebih 10 negara. MIJF 2026 mempamerkan pelbagai jenis barang kemas, batu permata, komponen, serta produk pelaburan di bawah satu bumbung.

image is not available

MIJF Trade X – Platform B2B Khas

Pada tahun 2026, MIJF melancarkan ‘MIJF Trade X’, sebuah pameran perdagangan baharu yang berteras kepada urusan perniagaan dan direka khas untuk pemain industri barang kemas, dengan matlamat memperkukuh jaringan kerjasama dan peluang perdagangan. Antara tarikan utama termasuk:

  • Seminar industri yang dikendalikan oleh pakar

  • Cabutan bertuah eksklusif untuk pembeli perdagangan

  • Program subsidi pembeli bagi memudahkan aktiviti pencarian sumber dan peluang perdagangan

image is not available image is not available

Apa yang menanti di MIJF 2026

Pengunjung berpeluang menerokai hasil seni pembuatan barang kemas yang menakjubkan, dari rekaan klasik sampai kontemporari. Nikmati harga terus daripada pempamer dengan promosi eksklusif khas pameran, serta akses kepada koleksi edisi terhad yang tidak ditawarkan di kedai biasa.

image is not available

MIJF 2026 menawarkan suasana pameran yang meriah dan terbuka kepada pemain industri serta orang awam, menjadikannya destinasi ideal untuk pengalaman dunia barang kemas yang inspiratif dan bernilai.

 

image is not availableimage is not available

Ganjaran Eksklusif & Aktiviti Menarik

Pengunjung juga boleh sertai pelbagai aktiviti menarik di tapak pameran, lengkap dengan ganjaran eksklusif:

  • Hadiah percuma setiap hari untuk 500 pengunjung pertama yang lengkapkan tugas Follow & Share.

image is not available

*Hadiah terhad dan akan diberikan mengikut siapa cepat, dia dapat

  • Belanja lebih RM88,888 & dapat Gold Bar PAMP 2.5g percuma!

image is not available

*Hadiah terhad dan akan diberikan mengikut siapa cepat, dia dapat

  • Belanja & Tebus ganjaran, dengan hadiah berbeza dibuka pada setiap tahap perbelanjaan.

image is not available

*Hadiah terhad dan akan diberikan mengikut siapa cepat, dia dapat

  • Hadiah Pembelanja Tertinggi Harian akan membawa pulang jam tangan Omega.

image is not available

*Hadiah terhad dan akan diberikan mengikut siapa cepat, dia dapat

MIJF ke-29 lebih daripada sekadar pameran barang kemas. Ia adalah acara tahunan mega di mana korang boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang seronok sambil meraih ganjaran mewah. Sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah untuk orang tersayang, acara ini memang tidak boleh dilepaskan!

Maklumat Acara
Tempat: Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Tarikh: 29 Januari – 1 Februari 2026
Masa: 11:00 pagi – 7:00 petang

Untuk maklumat lanjut tentang pameran boleh dapatkan di website atau media sosial mereka di:

Facebook 

Instagram 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.