
Kota Kinabalu: Pameran khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama” dan “Tamu” dibuka secara rasmi di Muzium Tamadun Islam Sabah, Ahad lepas.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata pameran khas yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-70 Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin itu akan berlangsung sehingga 1 Mei 2024.
“Pameran tahunan, ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ berkisarkan kepada pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan Yang Dipertua Negeri, sebagai payung kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
“Kekuatan dan semangat cintakan keamanan yang ditonjolkan oleh Yang Dipertua Negeri mengikat dan membimbing rakyat Sabah untuk mengekalkan kestabilan dan perpaduan negeri.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Meskipun terdapat pelbagai cabaran, kita mampu untuk terus bersatu demi negeri tercinta,” katanya pada majlis pelancaran pada Isnin (16 Okt), sambil menambah acara itu juga termasuk dalam Kalendar Pelancongan Sabah tahunan.
Christina menambah, pada tahun ini pameran khas itu turut diserikan dengan “Tamu” atau pameran pasar masyarakat peribumi.
“Sabah sememangnya sinonim dengan ‘Tamu’ sebagai pusat pertemuan dan perniagaan yang menghimpunkan pelbagai etnik untuk aktiviti jual beli hasil kampung, bersosial, serta berkongsi berita.
“Selain menjadi tempat berniaga dan membeli barang keperluan, Tamu juga menjadi tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Sabah,” katanya.
Untuk rekod, “Tamu” telah wujud lama sebelum zaman British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang diasaskan pada 1881. Pada masa itu, tunjang utama ekonomi peribumi adalah pertanian sara diri. BNBCC membawa masuk peneroka Cina, meluaskan perdagangan, dan merangsang aktiviti pertanian asli terutamanya tembakau pada awalnya.
“Tamu” terawal di Sabah telah dilancarkan di Kota Belud pada 13 Dis 1878.
Pameran dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang. Tiket berharga RM2 untuk warga tempatan, dan RM15 untuk pelancong asing.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

