Perlumbaan kayak anjuran MBSA tawar hadiah utama RM1,000

9 Oct 2023 • 1:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah utama wang tunai RM1,000 dalam pertandingan kayak sempena sambutan ulang tahun ke-23 bandar raya pada 29 Oktober ini.

Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Perlumbaan Kayak Terbuka MBSA mempertandingkan kategori beregu lelaki dan beregu wanita dengan yuran penyertaan RM20, manakala tarikh tutup pendaftaran pada 22 Oktober.

MBSA memaklumkan selain hadiah utama wang tunai RM1,000, pemenang kedua memperoleh RM700, ketiga (RM500), keempat (RM300), kelima (RM100) manakala hadiah keenam hingga kedudukan sepuluh RM50.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster tertera atau melalui pautan google form https://forms.gle/GubGMF2LoJ35NcKNA.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 013-635 9774 (Hafiz) atau 016-215 6479 (Zamri).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved