Pampasan pemilik tanah di Sembulan: Tunggu kelulusan kabinet – Mayor

LocalPolitics
25 Jan 2025 • 11:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr Sabin Samitah memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan daripada kabinet berkenaan isu pampasan kepada pemilik tanah yang sudah tamat tempoh di Sembulan.

“Kita (DBKK) masih menunggu keputusan kabinet dari segi nilai pampasan kepada mereka terlibat untuk tanah-tanah tersebut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini kerana memang dari segi pernilaian pampasan itu, ianya ada kaedah yang jelas di pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sebuah sidang media selepas Majlis Kupi Kupi DBKK bersama Pengamal Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) di sini, petang Jumaat.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Sabin, pihak DBKK akan memberikan makluman segera berkenaan pampasan tanah-tanah milik penduduk Sembulan selepas kabinet memberikan keputusan kelak.

“Itu nanti kita akan maklumkan selepas kabinet memutuskannya,” kata Sabin.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Sabin juga menjelaskan DBKK sentiasa komited dalam memastikan tahap kebersihan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, termasuk Sembulan.

“Kita akan pastikan tahap kebersihan Sembulan ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana kita tidak mahu kawasan itu kotor sekaligus menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Selain itu, kita juga tidak mahu kawasan Sembulan ini menjadi tempat bagi kegiatan atau aktiviti haram, yang salah di sisi undang-undang,” katanya.

Tambah beliau lagi, usaha berterusan dalam memastikan kawasan bandaraya bebas daripada masalah petempatan haram juga menjadi fokus dalam usaha DBKK.

“Untuk pengetahuan semua, kita akan ambil tindakan pembersihan juga, yang mana kita akan merobohkan mana-mana struktur yang tidak selamat lagi.

“Kita dan seluruh organisasi DBKK akan selalu meneruskan usaha untuk membangunkan bandaraya Kota Kinabalu dari pelbagai aspek dan kita ingin mengajak semua penduduk KK untuk bersama kita dalam menyalurkan maklumat jika ada yang perlu diberi perhatian oleh pihak kami,” ujarnya.