Perlaksanaan Henti Tol Percuma Masih Belum Dimuktamadkan – Fahmi Fadzil

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keputusan berkenaan dengan menghentikan tol percuma pada musim perayaan masih belum dimuktamadkan kerana ia bakal dibincangkan dan hanya diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi adalah berpandukan keputusan dasar yang dibuat sebelum ini.

Beliau yang juga jurucakap untuk kerajaan turut memberitahu bahawa kerajaan bagaimanapun terbuka untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak dan bersedia mengkajinya.

“Kita menghormati perjanjian yang telah ditandatangani namun pada masa sama sedang mengkaji apa yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat.”

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini, apabila sekembalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari lawatan luar negara, insyaALLAH akan membincangkan perkara ini dan kita tunggu apa hasil perbincangan di peringkat Jemaah Menteri.”

image is not available

Sebelum ini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang.

Katanya, tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan seandainya terdapat pertimbangan lain dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

image is not available

Tambahnya lagi, kerajaan memutuskan tahun lepas adalah kali terakhir pentadbiran memberi subsidi kepada pengguna lebuh raya untuk melakukan perjalanan tanpa tol pada hari tertentu semasa perayaan besar.

image is not available

Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat selaras dengan dasar kerajaan perpaduan untuk menamatkan subsidi menyeluruh yang memihak kepada mereka yang disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan kumpulan yang terdedah.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.