Pan Gon resah tanpa Faisal

LocalFootball
14 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pan Gon resah tanpa Faisal

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon berharap ayam tambatannya, Faisal Halim pulih secepat mungkin untuk membantu pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ketika ini, Faisal yang juga kapten skuad Gergasi Merah dijangka berehat panjang kerana proses pemulihannya memerlukan tempoh yang lebih lama berbanding anggaran awal sebelum ini.

Pemain sayap lincah itu mengalami kecederaan ketika mewakili Harimau Malaya yang dikendalikan Tan Cheng Hoe dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026, selepas aksi kedua Kumpulan A menentang Indonesia.

Kecederaan itu menyebabkan pemain sayap berkenaan terlepas dua perlawanan penting, masing-masing menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan dan Vietnam bagi penentuan tempat ketiga.

“Ya, ini bukan sesuatu yang bagus (status kecederaan Faisal). Kita perlu mengambil sedikit masa bagi proses pemulihan kecederaan Faisal. Saya rasa sedih dengan situasi yang menimpanya.

“Tetapi perkara itu boleh berlaku. Beliau mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas bersama skuad kebangsaan. Saya harap beliau dapat pulih secepat mungkin, tetapi ia mungkin mengambil masa,” katanya.

Ketiadaan Faisal jelas dirasai Selangor apabila mereka tewas 2-3 dalam aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Star City, Ahad lalu, namun mereka tetap layak ke separuh akhir dengan agregat 6-4.

Pada Sabtu ini, Selangor akan berdepan Penang FC dalam saingan Liga Super di laman sendiri sebelum berdepan Kuching City dalam separuh akhir pertama Piala FA pada 23 Oktober ini. – UTUSAN

The post Pan Gon resah tanpa Faisal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved