“Panas kalah ABPBH ke?” -DJ Selangor FM kesal Tyzo dianiaya di Suria FM

Music
13 Jan 2024 • 6:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

DJ Selangor FM, DJ Anne memuat naik beberapa perkongsian seakan mendedahkan punca mengapa Tyzo Xander diberhentikan secara tiba-tiba di stesen Suria FM.

Tyzo tak reda diberhentikan

Berita Tyzo yang menamatkan perkhidmatannya di Suria FM semalam telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dengan kapsyen yang ditulis di media sosial bahawa dirinya tidak reda dianiaya sebegitu.

image is not available

DJ Selangor FM kesal seseorang aniaya Tyzo

Dalam posting yang dibuat DJ Anne, dia seakan menyelar sikap seseorang apabila menunjukkan tangkapan layar notifikasi komennya yang sudah dipadam.

Kau apasal cuak ke? Come on berdepan kenyataan. Selama ni kau buat orang lain, tapi this time kau buat dia.

Orang akan tahu siapa kau. Panas sebab kalah ABPBH ke?” tulisnya.

image is not available

DJ Selangor FM tahu ada manusia busuk hati

Dia juga memuat naik beberapa insta story mempertahankan Tyzo yang didakwa dianiaya seseorang yang berada di dalam stesen radio tersebut.

Ujar DJ Anne, dia tahu bahawa hari terakhir Tyzo ke udara di segmen petang pada Jumaat merupakan waktu yang sangat memeritkan buatnya namun terpaksa meneruskan tugas menceriakan pendengar supaya kekal profesional hingga ke akhir.

image is not available

Geram ada pihak sesuka hati ‘matikan’ kerjaya orang

Tambah penyampai radio tersebut lagi, dia betul-betul tidak boleh bersabar dengan sikap seseorang di dalam stesen radio berkenaan yang dikatakan sesuka hati ‘mematikan’ kerjaya orang lain dan membuang Tyzo di dalam group WhatsApp secepat itu.

Walaupun Tyzo enggan bercerita kepada umum, penyampai radio wanita berkenaan menyatakan yang dia akan mendedahkan perkara terbabit kerana sudah tidak tahan melihat orang lain diperlakukan sebegitu tanpa alasan yang kukuh.

image is not available

Siap unfollow Tyzo lagi ye!

image is not available

Pentingkan diri, tak terima hakikat

Menurut DJ Anne lagi, penamatan kontrak Tyzo itu merupakan satu keputusan mementingkan diri dan dilihat sebagai satu tindakan tidak dapat terima hakikat disebabkan sesebuah isu.

image is not available

Tak sebut nama, tapi ramai boleh agak

Walau bagaimanapun, DJ Anne belum lagi menyebut mana-mana nama yang menjadi punca Tyzo diberhentikan daripada bersiaran di Suria FM bersama Sharifah Syahirah.

image is not available

“Terima kasih atas penganiayaan”

Terdahulu, video Tyzo berangkat keluar dari konti menjadi tumpuan apabila dia mengucapkan terima kasih kepada seseorang di atas penganiayaan yang dilakukan.

Ujarnya, dia sama sekali tidak reda dengan keputusan tersebut memandangkan masih lagi mahu berkerja dan perlu menanggung kehidupan anaknya.

Susulan daripada itu, nama seorang penyampai radio senior telah dipetik netizen di media sosial apabila ruangan Instagramnya telah dipenuhi dengan komen-komen mempersoalkan tindakan Tyzo diberhentikan daripada stesen radio berkenaan.