
Body shaming atau face shaming seseorang dengan niat untuk dijadikan bahan hiburan adalah satu perbuatan yang dianggap paling tidak bermoral dan tidak boleh diterima oleh masyarakat masa kini.
Dalam hal ini, pasti ramai yang panas hati kerana seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa face shaming kerana masalah kulit mukanya. Lebih menyakitkan hati netizen lagi, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu dikatakan seorang ‘penyondol’ bekas pasangannya.
Artikel berkaitan : “Mungkin lama dia pendam” – Suami Didakwa Curang, Isteri Lepas Geram & Bertekak Dengan ‘Penyondol’
Artikel berkaitan : “Bertahun I doa nak dapat restu dia” – Penyondol Bagi Tips Buat Wanita Yang Nak Kahwin Dengan Suami Orang
Dikatakan puncanya, teman wanita baharu bekas pasangannya itu ada hubungi dirinya tapi wanita ini enggan melayan kerenah individu tersebut.
‘Panas punggung’ tidak dilayan, individu tersebut menggunakan masalah kulit mukanya sebagai modal untuk menghamburkan hinaan kepada wanita ini.
Kata-kata pedas ini telah mengguris hatinya dan wanita itu telah meluahkan ia menerusi satu video di media sosial sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dalam masa 2 hari.
Jelas wanita ini yang mahu namanya disulitkan, dia menangis dan menjelaskan bahawa dia sudah berusaha keras untuk mencari solusi kepada masalah mukanya.
Mejengah ke ruangan komen, ramai netizen begitu marah serta geram dengan tindakan individu itu dan memberikan sokongan moral buat wanita ini.

Hurm, kadang-kadang min rasa orang yang beriya-iya hina kelamahan orang ni dia yang rasa insecure dengan diri sendiri. Padahal dia dah dapat apa yang dia nak.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



