Panasonic Hentikan Pengeluaran TV Di Malaysia Menjelang Mac 2027

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 4:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kilang Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia (PAVCKM) di Shah Alam akan ditutup sepenuhnya menjelang Mac 2027 dan penutupan ini dijangka menjejaskan kira-kira 400 pekerja. Kilang tersebut selama ini berfungsi sebagai pusat utama bagi pengeluaran televisyen Panasonic, pemain Blu-ray serta komponen audio Hi-Fi berjenama Technics.

Image from: Panasonic Hentikan Pengeluaran TV Di Malaysia Menjelang Mac 2027

ehubungan itu, pengeluaran televisyen akan dihentikan sepenuhnya di Malaysia menjelang Mac 2027. Sementara itu, pengeluaran pemain Blu-ray Disc akan dipindahkan ke kilang Panasonic di China (CHPAVC) menjelang September 2026. Pada masa sama, pengeluaran produk audio Hi-Fi berjenama Technics di Shah Alam turut akan ditamatkan menjelang Februari 2027, dan seterusnya dialihkan ke operasi lain dalam kumpulan Panasonic. Namun, lokasi baharu bagi pengeluaran tersebut masih belum diumumkan dan hal ini menimbulkan persoalan tentang hala tuju jangka panjang strategi Panasonic dalam segmen audio premium.

Image from: Panasonic Hentikan Pengeluaran TV Di Malaysia Menjelang Mac 2027

Penutupan kilang PAVCKM merupakan sebahagian daripada strategi global Panasonic untuk menguatkan kedudukan syarikat dalam pasaran serta meningkatkan kecekapan operasi pembuatan di Malaysia. Pada masa yang sama, PAVCKM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa, agensi kerajaan, dan Kesatuan Pekerja Industri Elektrik (EIWU) bagi memastikan pekerja yang terjejas menerima bantuan sewajarnya. Sokongan ini termasuk membantu mereka mencari pekerjaan baharu, dan menyediakan latihan semula agar lebih mudah menyesuaikan diri dengan peluang kerjaya selepas kilang ditutup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved