Pandai jaga diri, Noor Kartini bangga anak2 tak pernah ke tempat judi

Family & Parenting
21 Sep 2023 • 5:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu kepada selebriti Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menyatakan dirinya bangga dengan anak-anak kerana pandai menjaga diri sendiri.

Noor Kartini bangga, anak2 pandai jaga diri

Noor Kartini juga meluahkan rasa syukur, selain berbangga dengan semua anaknya kerana tiada seorang pun terlibat dalam masalah sosial.

“Alhamdulillah, tiada siapa boleh lihat anak-anak mama (Noor Kartini) di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha, vape dan lain-lain.
“Itu yang buat mama boleh rasa bangga. Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan lakukan perbuatan seperti yang didakwa.
“Kami tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian,”ujarnya.

image is not available

Pun begitu, Noor Kartini akui setiap orang melalui fasa tersendiri dalam kehidupan dan tiada sesiapa pun dilahirkan dalam keadaan sempurna.

“Kalau nak cakap fasal lain, saya rasa semua orang melalui fasa tersendiri seperti pada usia remaja, dewasa dan matang. Ada perubahan dalam kehidupan, tiada orang yang keluar terus sempurna.
“Kita pun kenal siapa keluarga, tahu anak kita siapa,” katanya lagi.

image is not available

Geram, netizen tak faham fesyen, jenama dan sejarah barangan

Dalam pada itu, Nor Kartini juga mempertahanan tuduhan liar warganet yang mengaitkan anaknya, Ameera Khan menyertai aktiviti ‘judi’ lumba kuda ketika menghadiri sebuah acara jenama mewah di luar negara.

Dia turut meluahkan rasa geram terhadap warganet yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Ameera Khan yang juga pempengaruh media sosial.

image is not available

Pemilik nama Noor Kartini Noor Mohamed berkata, orang ramai dilihat seakan tidak memahami makna sesuatu fesyen terutama sejarah dan latar belakang barangan berjenama.

“Kita kena faham acara dan tempat perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa, sebenarnya beg jenama mewah. Kita kena tahu sejarah di sebalik sesebuah jenama itu.
“Kadang-kadang rasa geram sebab macam mereka tidak faham fesyen, jenama dan sejarah di sebalik barangan berkenaan,”jelas Noor Kartini.

image is not available

Sebelum ini, tular sebuah foto yang dimuat naik adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan yang dilihat sedang memegang sekeping kertas berupa tiket sebuah acara.

Namun, kapsyen yang ditulis oleh pempengaruh dan model itu seolah-olah sedang melakukan sejenis pertaruhan sehingga mengundang kecaman ramai.

Sumber: TikTok @mediahiburanofficial