Pandai Kini Digunakan Lebih 800,000 Pelajar – Perkenal Bot Berasaskan AI Untuk Bantu Pembelajaran

TechnologyDigital
4 May 2024 • 11:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pandai merupakan salah satu aplikasi tempatan yang memfokuskan kepada memudahkan para pelajar mengikuti sesuatu topik dan memahaminya. Aplikasi Pandai telah ditawarkan untuk beberapa tahun, dan meliputi pelbagai topik berasaskan tahap pembelajaran seseorang.

image is not available

Selain memudahkan pembelajaran dan latihan, Pandai juga kini turut menambah sebuah ciri baharu, dinamakan PBot. Pbot merupakan sebuah bot dikuasakan kecerdasan buatan, membolehkan para pelajar bertanyakan sebarang perkara, dan seterusnya menerima jawapan terus melalui antaramuka berbentuk perbualan. Ini sekaligus memudahkan lagi proses rujukan pantas berbanding kebiasaan.

Pandai PBot ini dikuasakan oleh perkhidmatan Azure OpenAI Service. Pengguna boleh mengaksesnya dengan tap pada menu Learn, dan seterusnya memilih ciri Ask PBot. Ciri ini ditawarkan secara percuma untuk masa terhad, dan pengguna kelak akan perlu melanggan Pandai Premium untuk menggunakannya selepas tamat tempoh ujian.

image is not available

Disamping pengenalan ciri baharu ini, Pandai turut berkongsi menyatakan kini aplikasi mereka digunakan lebih 800,000 pelajar. Pandai tersedia pada pelbagai platform hari ini, termasuk Android, iOS, Huawei, dan juga melalui web.