“Terpaling Kena Hack, Penipu!” – Dakwa Akaun Disekat, Rupanya ‘TikToker’ Langgar Kontrak Syarikat

Technology
13 Nov 2022 • 10:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pempegaruh popular di platform TikTok bernama Liana atau ketika ini netizen mengenalinya sebagai Liana Beep Beep memberitahu bahawa akaun media sosialnya itu disekat dan kerana itu terpaksa membuka akaun baru.

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh influencer makanan itu disangkal oleh syarikat yang bekerjasama bersama Liana dan memberitahu dia telah melanggar kontrak syarikat.

Melalui video penjelasan yang dibuat oleh syarikat terbabit, mereka mendakwa perjanjian kontrak melibatkan rakaman konten, pengurusan akaun dan pembayaran set akan pihak syarikat tanggung sepenuhnya.

Setelah 10 bulan berkerjasama, Liana memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi boleh bekerja dalam jangka masa yang lama.

Saya memang tiada masa sebab saya mengandung. Saya kena jaga kandungan saya dan nutrisi pemakanan. – Liana

Atas dasar beperikemanusiaan, pihak syarikat tidak memaksa Liana untuk terus bekerja, namun harus menanggung kerugiaan. Tetapi lain pula cerita apabila Liana dikatakan membuka akaun persendirian baru dan terima banyak tawaran kerja berbanding akaun yang dijaga oleh pihak syarikat itu.

Disebabkan itu, Liana telah melanggar perjanjian kontrak syarikat dan akaun lama telah diambil sepenuhnya oleh pihak syarikat.

image is not available

Meninjau di akaun terbaru TikToker tersebut, konten yang dilakukan lebih kurang sama dengan akaun yang sebelum ini iaitu membuat review makanan, namun komen yang diterima daripada netizen, rata-ratanya menganggap dia lupa diri.

image is not available

image is not available

image is not available 2 hari lalu

"Carilah Semenggah Sikit" - Akui Watie Ada Ciri-Ciri Isteri, Tapi Netizen Suruh Shuib Fikir 'Masak-Masak'