Pandai mengaji! Agamawan tercengang dengar Mimi Fly baca surah al-Jaathiyah

LocalEntertainment
27 Mar 2025 • 12:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Mimi Fly baca surah al-Jaathiyah

Penyanyi Mimi Fly yang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, di laman Instagramnya, dia tampil dengan pakaian sopan serta menggayakan hijab ketika membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.

Mimi Fly baca surah al-Jaathiyah

Instagram will load in the frontend.

Bacaan penyanyi tersebut telah membuatkan panel-panel dalam program itu tergamam selain tidak menyangka Mimi bukan sahaja mempunyai bakat dalam nyanyian bahkan hebat dalam mengaji.

“Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.

Mimi Fly baca surah al-Jaathiyah

image is not available

Netizen, rakan artis turut terkejut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut dengan kebolehan Mimi malah, ada yang mengalirkan air mata sewaktu penyanyi itu mengalunkan ayat suci al-Quran.

image is not available image is not available

Semoga terus istiqamah!

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Mimi terus istiqamah dalam menuntut ilmu agama dan berharap dia terbuka hati untuk mengenakan hijab suatu hari nanti.

image is not available

Sumber: Instagram @Mimi Fly