Ustaz, Ustazah Tergamam Dengar Mimi Fly Baca Al-Quran, Netizen Puji - “Pandai Mengaji, Merdu Suaranya”

27 Mar 2025 • 3:28 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Mimi Fly menjadi perhatian netizen selepas mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.
 
Manis berhijab, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, tampil dengan membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.
 
Malah bacaan Mimi juga membuatkan panel-panel dalam program tersebut tercengang dan memuji bacaannya.
 
“Ustaz ustazah pun tergamam dengar alunan bacaan daripada @mimiflyyy. Masya-Allah tak sangka selain mempunyai suara yang lunak menyanyi, mengaji pun hebat! Syahdu je suaranya,” maklum hantaran Instagram Tazkirah Malam Jumaat.

 


Sementara itu di ruangan komen rata-rata netizen memuji Mimi dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.


 


Antara komen yang diterima adalah:


 


 


Terdahulu, Mimi sebelum ini pernah dikecam netizen kerana penampilan ala berkemban dalam video muzik lagu rayanya yang berjudul 

Serumpun

.