Warga Pandan dipelawa sertai pertandingan nyanyian sempena bulan kemerdekaan

29 Aug 2022 • 12:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 OGOS: Warga Pandan yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa menyertai Pertandingan Pandan Buskers anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah.

PKM DUN Pandan Indah menerusi Facebook memaklumkan pertandingan sempena sambutan bulan kemerdekaan itu diadakan di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana pada 31 Ogos jam 8.30 pagi.

“Berita baik untuk para pemuzik jalanan semua! Penggerak Belia Selangor (Pebs) Pandan Indah dengan kerjasama PKM Dun Pandan Indah akan menganjurkan Pertandingan Pandan Buskers sempena bulan kemerdekaan.

“Penyertaan adalah percuma. Hanya sepuluh peserta solo atau berkumpulan terawal sahaja, nyanyian dua lagu dan keutamaan diberi kepada warga Pandan,” maklum PKM Pandan Indah.

Tambah pusat khidmat masyarakat itu lagi, pemenang bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 (juara), RM800 (naib juara), RM600 (tempat ketiga) dan RM400 (saguhati).

 

image is not available