Pandang Pertama Vivo V40 Pro – Peranti Pertengahan Dengan Kamera ZEISS

TechnologyDigital
13 Aug 2024 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerjasama Vivo dan ZEISS membuahkan hasil dalam teknologi pengimejan mudah alih. Itulah yang pernah dikatakan oleh kami dalam salah satu artikel sebelum ini. Malahan menariknya dalam penawaran telefon baharu Vivo V40 Pro kali ini ialah perkakasan dalaman yang dipertingkatkan sambil mengekalkan sistem kamera ZEISS. Ia turut diberi nafas baharu untuk rekaan yang tampil ringkas namun cukup elegan dalam kelasnya. Kami di Amanz telah diberi peluang untuk mencubanya lebih awal sebelum pelancaran rasmi di malaysia. Berikut dikongsikan artikel pandang pertama untuk telefon ini.


Spesifikasi Ringkas

vivo V40 Pro 5G
Skrin6.78″ OLED 120Hz, 1B colors, HDR10+
2400 X 1080 piksel, 4,500nits
~453 PPI
PemprosesMediatek Dimensity 9200+ (4 nm)
Cip1 x 3.35 GHz Cortex-X3
3 x 3.0 GHz Cortex-A715
4 x 2.0 GHz Cortex-A510
Cip GrafikImmortalis-G715 MC11
RAM12GB RAM
(+12GB RAM Maya)
Muatan Dalaman512 ROM
MikroSD 1TB
Kamera Utama50 MP (lebar), 1/1.56″ PDAF, OIS
50 MP (telefoto), PDAF, OIS
50 MP (ultra-lebar)
ZEISS Optic & HDR
4K@30fps, 1080p@30fps
Aura Light 3.0
Kamera Depan50 MP HD f/2.0 HDR
4K@30fps, 1080p@30fps
Bateri5,500mAh
80W FlashCharge
SIM/Telefoni2 SIM Nano/5G
NFCAda
Infra MerahTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap Jari Bawah Skrin
Imbasan Wajah
Harga JualanBelum diumumkan

Rekabentuk Dan Kemasan

Sekali lagi unsur-unsur yang pernah digunakan pada sebilangan besar telefon sedia ada Vivo boleh dilihat di sini. Binaan telefon yang nipis dan ringan sememangnya sinonim dengan jenama yang dimiliki oleh BBK Electronics ini. Ia memungkinkan setiap pengguna untuk menyesuaikan diri dengan mudah malahan memberi keselesaan jangka masa panjang tanpa rasa terbeban.

image is not available

Penggunaan konsep yang konsisten juga mempunyai kelebihan positif dan dapat bantu meningkatkan prestasi syarikat bagi jangka masa panjang. Melihat kemasannya juga cukup membuatkan mata tidak berpaling dengan dua pilihan warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Moonlight White dan Stellar Silver.

image is not available

Bonggol kamera utama pada bahagian belakang menyerlahkan lagi rekaannya. Pada bahagian yang sama penjenamaan ZEISS serta Vivo tampil kemas dengan kedua-duanya diletakkan secara berasingan. Padanan lebih mantap dengan sistem pencahayaan Aura Light yang akan bantu meningkatkan pengalaman fotografi dalam pencahayaan rendah. Faedah lain yang akan diperoleh menggunakan lampu tersebut adalah tiga kali lebih terang dengan sumber cahaya yang menghasilkan bayangan lembut lebih baik berbanding generasi sebelum. Secara teknikalnya bagi memudahkan penghasilan semula gambar yang lebih realistik.

image is not available

image is not available

Skrin adalah sebesar 6.78-inci daripada keluarga OLED dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ini merupakan saiz standard untuk kebanyakan peranti Vivo yang sepatutnya mampu menyajikan pengalaman visual yang memadai. Dengan panel OLED pula, penghasilan semula warna, kontras dan sudut tontonan yang baik pada skrin boleh dihasilkan. Kemudian saiz bezel yang nipis di hampir kesemua sisi pula membolehkan peranti menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencapai 89.9%.

image is not available

image is not available

Sisi kanan menempatkan butang kuasa dan laras audio dengan binaan yang selesa untuk ditekan. Seterusnya slot SIM, port USB-C dan pembesar suara pula diletakkan pada bahagian bawah. Melaluinya sebanyak dua SIM berbeza boleh digunakan sepenuhnya tanpa ruangan untuk kad mikroSD.

Pembesar suara juga sejenis stereo dengan sokongan audio Hi-Res. Pada masa sama peranti mempunyai penarafan IP68 yang bermakna kalis air dan habuk dan kami juga menyambut baik sistem pengimbas cap jari di skrin yang berfungsi dengan amat responsif.

image is not available

Kelemahan mula kelihatan apabila peranti tidak mempunyai bicu audio 3.5mm yang memerlukan pengguna berbelanja lebih untuk mendapatkan aksesori tambahan.


Perkakasan Dan Perisian

Pemproses lapan teras Mediatek Dimensity 9200+ digunakan pada peranti yang diterima. Ia sepatutnya mampu menjadi versi yang lebih baik dan berkuasa berbanding V30 Pro yang dijana dengan pemproses Mediatek Dimensity 8200. Dengan gabungan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB yang bermakna prestasi cukup baik juga boleh diharapkan melalui peranti ini.

Dari sisi lain menampakkan kombinasi yang memadai namun masih diberikan juga fungsi penambahan RAM secara maya hingga 12GB RAM secara maksimum sekiranya perlu. Ia juga masih berfungsi secara automatik tanpa kebolehan mengubah saiz memori yang digunakan sama seperti sebelum ini.

image is not available

Pengalaman bertambah baik dengan perisian terkini FuntouchOS 14 berasaskan Android 14 dengan keupayaan papan antaramuka mesra pengguna. Vivo juga memberi kebebasan mengubahnya mengikut keperluan selain turut dioptimumkan dengan baik bagi memudahkan penggunaan. Ia juga menyokong fungsi Mini Windows untuk pengalaman multi-tugas lebih lancar, serta boleh menjalankan sehingga 12 aplikasi berbeza di latar belakang dengan proses tukar ganti lebih mudah. Ciri tambahan lain yang wujud seperti ciri suntingan video dengan kebolehan tetapan yang boleh disesuaikan, serta kemaskini pada fungsi album untuk simpanan gambar yang lebih selamat.

image is not available

Cubaan awal mendapati peranti berfungsi seperti biasa tanpa isu yang serius untuk sebilangan besar aktiviti harian. Misalnya seperti mengambil gambar, menonton video, menatal media sosial dan lain-lain. Ia bagaimanapun akan terus diuji dari masa ke semasa bagi melihat prestasi lebih mendalam yang akan dikongsi dalam artikel ulasan kelak.


Sistem Kamera

image is not available

Vivo V40 Pro dilengkapi tri-sensor utama dengan kegunaan yang berbeza. Ianya terdiri dengan 50MP untuk utama dengan sensor SONY IMX921 dan OIS. Ini dipadankan pula dengan 50MP untuk ultra lebar dan 50MP telefoto dengan pilihan zum sehingga 2X optikal seterusnya meningkat pada 50X digital. Kamera ini menyokong AI dan HDR terbina bagi membolehkan gambar diambil dengan imbangan cahaya yang baik. Selain itu dilengkapi gabungan teknologi daripada ZEISS yang bantu meningkat kualiti dan butiran pada imej.

image is not available

Sebanyak lima panjang fokus turut ditawarkan iaitu 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm dengan pilihan tangkapan gambar bernisbah 1:1, 4:3, 16:9 serta penuh. Kemudian terdapat sehingga tujuh kesan bokeh ZEISS untuk dipilih yang terdiri dengan Biotar, B-speed, Sonnar, Plannar, Distagon, Cine-flare dan Cinematic.

Sebagai tambahan menarik pengguna juga boleh memilih kesan bokeh dengan panjang fokus yang telah dilaraskan secara langsung melalui ciri Portrait Lens Kit. Pada masa yang sama beberapa profil warna seperti Vivid, Textured dan ZEISS juga disertakan bagi tujuan memperhalusi warna untuk hasil imej yang lebih bermaya.

image is not available

Seterusnya kebolehan rakaman 4K/30FPS dengan penstabilan terbina disediakan pada sistem kamera peranti. Manakala gambar swafoto boleh diambil menggunakan kamera 50MP yang diletakkan dalam lubang kecil di skrin peranti.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available


Bateri Dan Pengecasan

image is not available

Bateri 5,500mAh yang digunakan boleh dicas semula pada kuasa maksimum 80W. Ia adalah sejenis silikon-karbon yang dinaik taraf dengan kemampuan lebih baik dalam pelbagai keadaan. Pengecasan pula secara berwayar menggunakan port USB-C sahaja dengan kepala pengecas disediakan di dalam kotak pembelian.


Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak Vivo V40 Pro 5G:

  • 1 x Vivo V40 Pro.
  • 1 x Kepala Pengecas 80W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.


Kesimpulan

image is not available

Dapat disimpulkan yang mana Vivo V40 Pro mempunyai penawaran yang menarik. Ia bukan sahaja diberi kemasan luaran yang premium malahan menampilkan perkakasan dalaman yang dipertingkatkan. Misalnya seperti cip pemprosesan, sistem kamera dan bateri yang lebih baik. Selain itu peranti melepasi penarafan kalis air IP68 untuk pengalaman penggunaan lebih baik dalam pelbagai keadaan. Maklumat mengenai harga jualan juga diketahui buat masa ini namun nantikan kemas kini selanjutnya berserta ulasan penuh pada masa akan datang.

Pro

  • Spesifikasi dengan pemproses kelas pertengahan berkuasa.
  • Sistem kuad-kamera 50MP dengan lensa Zeiss.
  • Kalis air IP68.
  • Saiz bateri besar dengan pengecasan 80W pantas.
  • Speaker stereo.

Kontra

  • Tiada pengecasan berwayar.
  • Tiada lagi bicu audio.