Vivo V40 Pro Dan V40 Akan Menggunakan Kamera Zeiss

TechnologyDigital
25 Jul 2024 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo kini mengesahkan kewujudan dua peranti baharu V40 dan V40 Pro melalui laman web rasmi mereka di India. Menariknya apabila kamera ZEISS akan digunakan pada kedua-dua peranti tersebut sekaligus diyakini mampu menawarkan pengalaman fotografi yang berkualiti tinggi khususnya apabila melibatkan tangkapan gambar potret.

image is not available

Vivo menggunakan padanan tubuh melengkung di bahagian hadapan dan belakang yang memungkinkan peranti boleh digunakan dengan selesa dalam pelbagai keadaan. Selain itu tri-kamera utama juga disediakan dengan sokongan Aura Light melalui lampu terbina. Satu-satunya hal yang membezakan rekaan peranti di sini hanyalah kedudukan sensor ketiganya.

image is not available

Dari segi perkakasan dalaman V40 Pro boleh dilengkapi tri-sensor utama 50MP dengan OIS. Sebanyak lima panjang fokus turut ditawarkan iaitu 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm. Diikuti juga kamera swafoto sebesar 50MP dan bateri berkapasiti 5,500mAh. Akan tetapi masih belum pasti pula penawaran pada Vivo V40 namun dijangka boleh didedahkan dari masa ke semasa.

image is not available

Peranti juga didapati telah melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia sejak 5 Jun 2024 tetapi pada ketika ini masih tiada sebarang maklumat ia akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sebelum ini beberapa telefon, tablet dan konsol telah melepasi pengesahan SIRIM tetapi sehingga kini tidak perlu dijual secara rasmi di Malaysia.