“Pandangan Saya Sendiri, Tak Bersangkut Paut Dengan Madrasah Atau Mana-Mana Guru Saya”

Entertainment
14 May 2023 • 1:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tindakan seorang wanita berkongsi cerita dalam kain secara terbuka telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Rata-rata menyifatkan wanita ini sudah hilang rasa malu apabila berkongsi perihal jimak secara keterlaluan dalam channel Telegram yang disaksikan lebih 20,000 ahli.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, wanita ini akhirnya tampil memohon maaf di atas kesilapan sehingga menimbulkan kekecohan ramai.

Jelasnya, apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran dan dia bertanggungjawab di atas hal itu.

Namun, apa yang dilontarkannya di Facebook dan channel Telegram adalah pendapat peribadi tanpa bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru.

image is not available

Wanita ini berharap permohonan maaf dapat menjernihkan tanggapan ramai, dan dia telah memohon ampun kepada Allah SWT.

Terdahulu, tular di media sosial screenshot perbualan berunsur lucah dalam group Telegram milik wanita ini. Channel yang disertai dalam kalangan lelaki dan wanita itu memaparkan masing-masing berkongsi cerita mengenai masalah hubungan kelamin dengan pasangan.

Kredit: Facebook | Twitter Imran Fans