Pandu kereta mewah, Fattah Amin terima hadiah dari kedai emas?

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 2:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fattah Amin terima hadiah

Video memperlihatkan pelakon, Fattah Amin terima hadiah dipercayai kereta mewah telah menjadi perhatian apabila dia berada di dalam kenderaan tersebut sambil mencuba untuk memandu.

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok dikenali sebagai All Fend Studio, Fattah Amin telah menerima kunci daripada seorang individu sebelum berpelukan dan memasuki kereta mewah jenis Lamboghini.

@allfendstudio

Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs

♬ original sound - ALL FEND STUDIO - ALL FEND STUDIO

Fattah Amin terima hadiah dari kedai emas ke?

Melihat dari hantaran tersebut, kereta mewah terbabit sepertinya diberikan oleh sebuah kedai emas apabila majlis penyerahan kunci dan kereta mewah itu dibuat di hadapan premis berkenaan.

https://www.tiktok.com/@allfendstudio/photo/7431120479622155536?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7379894777611830791

Ada yang kata reaksi Fattah Amin terima hadiah seperti sedang termenung

Walaupun ada yang mengatakan riak wajah pelakon berkenaan seakan banyak termenung sebelum memasuki kereta mewah berkenaan, namun perkara tersebut mungkin hanya perasaan orang ramai sahaja.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mungkin ia adalah rezeki untuknya atas kebaikan yang dilakukan.

image is not available

Terharu bila dia berpelukan ketika terima kunci

image is not available

Alhamdulillah rezeki yang dia terima

image is not available

Walau bagaimanapun, kereta mewah berwarna ungu itu tidak dapat dipastikan sama ada diberi khusus untuk Fattah Amin atau sekadar gimik pelancaran untuk produk terbaru kedai emas terbabit.

Apa-apa pun semoga urusan dan rezeki Fattah Amin dipermudah di masa hadapan.

Sumber: TikTok allfendstudio