Syarat Fattah Amin jadi duta produk dipuji, tak boleh jual mahal & konten berjoget

LocalEntertainment
29 Oct 2024 • 12:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan, Datin Nurul Syahera memuji syarat Fattah Amin sebelum menjadi duta produk apabila meminta untuk tidak menjualnya terlalu mahal serta membuat konten berjoget.

Syarat sebelum terima jadi duta

Dalam rakaman video di TikTok milik jenama produk tersebut, usahawan berkenaan mendedahkan syarat-syarat yang dinyatakan pihak Fattah Amin kepadanya sebelum bersetuju untuk menjadi duta.

“Dia setuju tapi bersyarat. Yang pertama, tak boleh jual mahal..okay saya boleh terima. Yang kedua syaratnya, tak boleh konten yang joget-joget.

“Kalau nak rekod konten yang biasa-biasa boleh, tapi kalau nak ajak berjoget tak boleh.

Itulah syaratnya kalau nak ambil Fattah Amin. Tapi tak mengapa, kami pun bukan nak joget dengan dia. Kita cuma nak jual produk kopi,” katanya.

Syarat Fattah Amin jadi duta mesti tak jual terlalu mahal, nak rasa dulu

Usahawan berkenaan juga mendedahkan bahawa aktor tersebut mengatakan mahu mencuba dahulu produk tersebut dan memastikan dia menyukainya sebelum bersetuju untuk menjadi duta.

“Dia ada berkata, kalau nak buat produk kena pastikan dia suka. Jadi dia cuba rasa dahulu, selepas semuanya okay barulah dia setuju.

“Dia bukan main sebat sahaja dan dia memang suka kopi,” tambahnya lagi.

Instagram will load in the frontend.

Namun begitu, Datin Nurul Syahera menganggap syarat yang dikenakan Fattah Amin tersebut adalah bagus serta memuji aktor terbabit seorang yang sopan serta mudah bekerjasama.

“Tapi syarat yang dia berikan itu sebenarnya bagus untuk dia.

“Betulah apa orang cakap, dia baik dan dia memang bagus. Semasa bertemu dengan dia, dia ‘soft spoken’ dan kita tahu apa yang dia suka..apa yang dia tidak suka,” ujarnya.

@rissaskin_hq

Jujur saya boleh cakap apa yg di viralkan berkenaan Fattah Amin tetang kebaikan dia adalah benar bila kali pertama jumpa dia adalah seorang insan yg sungguh baik. Masih boleh tersenyum di saat ujian besar dan masih boleh melayan kami dengan baik padahal dia sangat rushing dan penat back to back kerja demi mencari rezeki #rissaskin #rissaskinxfattahamin

♬ bunyi asal - Abg Jiwang_Official - Abg Jiwang_Official

Syarat Fattah Amin jadi duta disetujui ramai

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan syarat yang dikenakan Fattah Amin kepada jenama produk sebelum bersetuju untuk menjadi duta.

Mereka juga merasakan tindakan yang dibuat oleh Fattah sangat bagus serta mengakui bahawa pelakon terbabit sangat menjaga keperibadian serta imej bersih yang dibawa.

image is not available

Terbaik cara macam ni, tak perlu joget2

image is not available

Bagus syarat Fattah Amin beri

image is not available

Ni cara dia cari sumber rezeki

image is not available

 

Selepas berpisah dengan selebriti terkenal, Fazura, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 34 dilihat sibuk dengan kerjaya seni apabila kerap mempromosikan beberapa jenama popular di media sosial.

Dia juga mengakui bahawa berat badannya turun tiga kilogram selepas sibuk dengan urusan kerja sehingga jadual makannya tidak teratur.

Sumber: TikTok rissaskin_hq