
TAWAU: Seorang lelaki tempatan, 25, yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol merempuh masuk ke dalam RHB Bank selepas melanggar lima kenderaan di sepanjang Jalan Mahkamah, jam 5 pagi, pada Ahad.
Ketua Polis Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki itu ditangkap untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).
AdvertisementMenurutnya, polis menerima makluman kejadian jam 5.15 pagi melibatkan kereta Proton Saga yang hilang kawalan lalu terbabas melanggar kenderaan yang parkir dan pintu RHB Bank, di sini.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta itu seorang diri dari bandar menuju ke rumahnya di Tanjung Batu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jasmin berkata, kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan, manakala lima kenderaan lain mengalami kerosakan kecil.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, rakaman video kejadian berdurasi 0.08 saat turut tular di media sosial yang memaparkan kenderaan lelaki itu masih berada di dalam RHB Bank.



