‘Pandu sendirian, tapi sensor kesan 3 orang tak pakai seat belt’

6 Nov 2026 • 7:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Pandu sendirian, tapi sensor kesan 3 orang tak pakai seat belt’

PETALING JAYA – “Titik terendah pakai kereta baru. Sensor (pengesan) kesan tiga orang dekat belakang tak pakai seat belt (tali pinggang keledar), tapi kau tengah memandu seorang malam-malam.”

Situasi itu dikongsikan seorang wanita yang menceritakan pengalaman apabila sistem pengesan tali pinggang keledar kereta baharunya memberikan amaran seolah-olah terdapat tiga penumpang tidak diundang di tempat duduk belakang.

Lebih menyeramkan, ketika itu dia yang menggunakan profil @Fyza.s di media sosial, sedang memandu seorang diri pada waktu malam.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa.

“Pernah kena hari tu. Tengah hari rembang masuk kereta nak pandu seorang. Tiba-tiba berbunyi semua tali pinggang belakang,” kongsi @Ainawafi_abkadir.

“Sebab tu saya lebih selesa pakai Wira ni sampai sekarang,” komen @Jalalmisai.

“Saya pernah kena. Bawa kereta sendirian, rasa ada kaki tolak dari belakang macam budak-budak sepak-sepak kerusi kereta tu,” kata @Nurul_azren_nazri. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Pandu sendirian, tapi sensor kesan 3 orang tak pakai seat belt’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved